Menu
Sabah Crest

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sabah Crest
SABC logo

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Bengkel Komuniti Konsultasi Pencalonan Landskap Kinabatangan Sebagai Tapak Rizab Biosfera, Man & Biosphere (MAB), UNESCO

Description

Bengkel Komuniti Konsultasi Pencolanan Landskap Kinabatangan sebagai tapak Rizab Biosfera di bawah program MAB, UNESCO telah diadakan dengan jayanya. Bengkel tersebut dianjurkan oleh Pusat Biodiversiti Sabah dan Pejabat Daerah Kinabatangan dengan kerjasama HUTAN (badan bukan Kerajaan). Selain penduduk komuniti setempat, bengkel tersebut turut dihadiri oleh barisan kepimpinan Kg. Sukau, Kinabatangan. 

Dr Gerald Jetony, Setiausaha Pusat Biodiversiti Sabah di dalam ucapan pembukaan beliau memaklumkan bahawa Bengkel Komuniti ini dilaksanakan sebagai susulan daripada pengumuman rasmi berkenaan dengan pencolanan yang telah disampaikan semasa Sambutan Hari Biodiversiti, 28 Jun 2022 yang telah diadakan di Sukau, Kinabatangan. Beliau menegaskan bahawa usaha pencalonan ini merupakan usaha Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan pemuliharaan biodiversiti dan peningkatan sosio-ekonomi dapat dilaksanan seiring dan mewujudkan komuniti yang hidup dengan harmoni dengan alam semulajadi. 

Tujuan bengkel Komuniti ini dilaksanakan adalah bagi memberikan maklumat penuh dan memberikan pemahaman kepada komuniti berkenaan dengan tapak rizab biosfera termasuk proses pencalonan. Beberapa aktiviti interaktif juga dilaksanakan bagi mengumpul maklumat dan maklum balas komuniti berkenaan dengan pencalonan. 

Photos
Picture 1
Picture 2
Picture 3
Picture 4
Picture 5
Picture 6
Event date